Advertlets

Friday, September 23, 2011

M.A.L.A.S !!! tapi ini ada macam-macam crita.....

Hi..dah lama tak update apa-apa... Patut kan dah promise nak publish gambar jenjalan tapi mmg malas tahap gaban....

So 1st May 2011 hari tu kami anak beranak pergi ke Batam, Indonesia. Pastu hujung bulan pulak kami ada family gathering sebelah papa akukat rumah atuk kat Melaka. Tujuan family gathering ni adalah untuk menggembirakan hati atuk aku. Kami baru dapat tahu yg dia ada lung cancer dah stage 4. Doktor kata dia dah tak lama lagi dah pasal tak boleh nak buat apa2 treatment sebabnya dia dah tua 92 tahun dah umur dia. So badan mmg la tak tahan nak masukkan ubat chemo ke apa benda lain ke...  Apa2 pun masa family gathering tu aku nampak atuk happy sangat. Sebabnya kami dah berpuluh tahun tak berkumpul sekali macam tu. Ye lah, adik badik papa aku ada 6 orang. Kebanyakkan mereka berkahwin dengan orang utara. Jadinya hari kami balik beraya bersama atuk memang selalu tak berjumpa pasal mereka balik time kami belum sampai, bila kami sampai mereka dah balik..haaa..macam tu la ceritanya.

Tapi aku anak beranak dan family adik aku si Farhana tinggal kat resort berdekatan pasal kami ada anak kecik, nnti kalau dah ramai2 tu anak2 kitorang tak leh nak tido. Ikut hati mmg nak tido je kat umah atuk, macam kecik2 dulu. Parents aku dan adik aku si Anne tidur kat apartment yg Angah sewa kat Bandar Melaka.

Pastu early June kami adik beradik dan parents aku (kecuali Farhana,dia tak dapat ikut pasal husband dia koje) pergi ke Cameron Highland. Best woooo...lama giler aku tak pergi ke CH, last sekali ntah darjah 5 kot. Paling seronok Damia la!! Daddy dia tak kurang asik happy jugak. Pasal ea ket Johor ni memang paneh berdonting, sekali poie lak CH, humangaiiiii..... mmg raso tak nak balik lah! Bak kato lai den lobih kurang samo macam summer kat UK. Bukan Ulu Kelang ea, tapi United Kingdom, ala...negeri omputih tu laaaa Eh..jap jap jap... tak dapek den nak membayagkan kalau summer kat UK dah sojuk macam Cameron, kalau musim sojuk ea mau den tahan berak koncing sampai the next season! hahaha... pasal ea dah kat Cameron pun den  takut nak poie bilik air, kono pasang water heater tu lamo2 pastu bukak yo air tu lamo sikit kasi boto-boto paneh, bilo lantai bilik air tu dah paneh baru den berani mandi. Huahuahua....

Aku anak beranak dan adik aku menyewa kat sebuah homestay apartment nama tmpt tu Desa Anthurium. murah je RM200 semalam. Aku sewa 3hari 2malam. Tapi memang rasa tak mau balik la.

Kat sana kami jenjalan la pi ladang strawberry, ladang tea, tgk tmpt jual dan tanam sayur, tmpt ternak lebah (pastu laki aku borong madu) dan paling best tiap2 hari ada pasar malam..Yeeehaaaah!

Balik je dari Cameron,bila turun dari bukit yg pusing-pusing macam Bukit Putus zaman dolu-dolu tu, aku terus hachum,hachum, HACHOOOOMMMMMM!!!! ayoyo... perubahan cuaca derrrr.... sampai je kat jejantas Sg.Buluh untuk makan, tekak aku bengkak giler sampai telinga sebelah tak dengar! Dasyat betul sakit kali ni. Dah la tetiba. isk isk isk....

Pastu, bila kami balik dari Cameron, aku singgah Mantin dulu pasal laki aku nak servis tukar minyak hitam keta jap.. Pastu kami sambung journey balik ke Johor... huh..what a tiring day...

Pastu patutnya lagi 2 weeks tu aku kena balik Mantin lagi pasal cousin aku si Mustafa nak kawen kat Royale Chulan, tapi apa kan daya.. kali ni aku sakit kuat betul...dasat betul batuk sampai sakit dada dan hachum hachum sampai nak tercabut hidung, pastu kepala sakit macam mau kena ketuk..demam lambat kebah laa...ayoyoooo....

Rupa-rupanya..... ada hikmah la aku demam sikit punya teruk tu (bukan sikit tp mmg teruk!) Rupa-rupanya aku sudah berbadan dua... tp bukan badan aku jadi double size tapi maksudnya Damia nak dapat adik...Alhamdulillah....

Bulan berikutnya ialah bulan July. Tibalah masanya Kak Long Suzana iaitu kakak sepupu aku sebelah papa bernikah. Aku pun balik lah Mantin naik ketapi pasal Damia teringin nak naik choo choo train pasal dia dah biasa naik kapatobang, feri dah naik, choo choo train tak pernah naik lagi (note: padahal dah naik  MRT  dah kat SIngapore aritu), bas pun dia dah naik. So kami pun naik la choo choo train, aku beli tiket AFC (bukan Asian Food Channel tapi Aircond First Class) ... Wow..best jugak naik ketapi ni, siap ada pramugara kasi air dan kek. Tapi bila kami pulang ke Johor naik choo choo train juga, tiket AFC tak de, yg ada ASC (Aircond 2nd Class) yang membuatkan aku menyumpah-nyumpah sepanjang jalan. TAK BEST LANGSUNG OK! Dah la sempit, pastu ada org ambil tempat aku dia pulak suruh aku pi duduk tmpt dia, pastu sampai je kat Gemas, ada dua orang budak pompuan cha-ya-nin-alif ni kuang ajar dengan aku halau aku dari tmpt tu psl tu tmpt dia. Tak leh ckp elok2 ke!!! Pastu nak cakap omputih psl ingat aku tak reti spiking..tolong sikit! Rupa2nya org dari India yg amibik tmpt aku tu tipu, tu bukan tmpt duduk dia, so aku cakap elok2 yg aku nak tmpt aku balik. Tah pape tah orang kat 2nd class ni. Sib baik ada 2 orang nenek dari Jepun yg ajak aku berborak. Dah la aku tak paham dia cakap apa. Aku anguk anguk je la...Baik nenek tu dia siap kasi aku nasik goreng yg dia beli kat kantin tadi.


Bulan berikutnya - bulan August - Bulan puasa jatuh pada 1st August - Birthday aku pada 4 Ramadhan. Tapi ada berita sedih, pada 12 Ramadhan pada hari Jumaat, Atuk aku yg aku ceritakan kat atas telah meninggal dunia. Cousin aku si Ijah yg tipun nanges2 bagi tau. Aku terus call papa tapi tak jawab, aku tgk jam..ooohh...ye tak yea juga..time orang semayang Jumaat. Aku pun terus call mama, bagi tau. Mama pun terperanjat. Tapi mama tak kasi aku naik KL pasal kan aku nandung. Tapi aku tak pikir panjang dah - he's my only grandparent yg aku ada sekarang. Takkan tak pergi tengok Atuk buat kali terakhir. Aku kejut hubby,  bagi tau dia tapi dia mamai2 pasal dia kerja malam minggu tu, so siang dia tido (macam kelawar). aku cakap kat dia, tapi dia mmg mamai..aku pun terus bungkus baju aku dan Damia, turun dan terus start keta. Sebelum tu pi isi minyak dulu. Ngam2 lepas time berbuka baru aku sampai pasal hujan dan jalan jammed kat highway.

Sampai je kat depan umah Mak Lang kat SS2, aku nampak muka Pak Andak... Terus aku terasa bodoh!!! Pasalnya, Pak Andak tu jiran sebelah block aku. Kalau tadi aku pikir panjang, boleh aku tumpang Pak Andak tak ler drive sampai sakit perut. Atuk aku dikebumikan malam tu jugak selepas orang mesjid sembahyang terawikh dan mandi pun kat mesjid tu. Sempat la aku dan Damia tgk Atuk buat kali terakhir masa diorang bukak kain penutup muka Atuk. Muka Atuk macam muka orang tido je, tak nampak pucat macam orang meninggal pun. Damia yg nak nanges dia kata "Mummy, lepasni kita dah tak de Onyang lagi dah" wahh...terperanjat aku yang dia faham rupanya. Yelah anak aku tu kecik lagi baru 3 tahun 9 bulan. So lepas je arwah Atuk dibawa dengan van jenazah, tak lama tu aku pun balik ke rumah adik aku Farhana kat Balakong pasal kamia da anak kecik, mama dan semua makcik kau kata takyah tunggu... So aku puas hati la dapat jugak jumpa atuk for the last time... ok nanti2 aku update pasal Hari Raya 2011 pulak. Gambar? Mak malas nak upload!!! babai

Tuesday, May 10, 2011

B.E.N.G.A.N.G - Mencari Aib Orang,Pekung Sendiri Busuk?? (Part 2)

Ini adalah Part 2 untuk sebuah tajuk lama. Labour day getaway tu nanti aku sambung esok lusa, pasal cerita pasal BENGANG ni ingatkan dah over, rupanya makin menjadi-jadi beliau itu. Kalau nak tau cerita lanjut kena la baca  Part 1 yea.

Minah ni dulu dari dia kecik memang aku sayang macam adik sendiri, tapi bila dah besar ni menyombong tak tau macam mana aku nak explain. Aku memang frust dengan perangai dia sekarang...sangat frust.

Last Sunday was her engagement day, aku ni dah la jauh, lagi pun kan Mother's Day, laki aku ajak balik Kluang nak sambut dengan mama dia,pasal adik beradik ipar yang lain semua balik rumah mertua diorang, lagi pun kebetulan hari tu bapak mertua ku balik ke China untuk 2 minggu. Kesian mama dia tinggal seorang kat Kluang. Kami sambut kat Secret Recipe kat Kluang Mall je pasal mama  suka makan kek secret recipe. Balik dari Kluang Mall aku tgk hp ada banyak missed call dari Maksu, aku mmg tak perasan.

Lepas hantar mama balik ke rumah, kami pun bersiap-siap dan pulang ke Gelang Patah. sampai di Gelang Patah, Maksu call lagi. Dia pun bercerita tentang kejadian yang berlaku di kenduri rumah bapa saudara kesayangan ku tadi.

Ceritanya begini, sampai saja Maksu di rumah beliau, ibu beliau meminta supaya Maksu menemani beliau di tingkat atas. Setibanya Maksu di luar pintu bilik beliau, Maksu terdengar beliau berbicara dengan seseorang dengan ayat lebih kurang macam ni "Jemputan aku harini semua adalah dari kalangan orang yang terpilih saja, siapa tak suka Mr.A seumur hidup aku boikot"

Waahh... Maksu dengar ayat yang  beliau yang seperti ala-ala sombong dan bongkak itu, terus mendidih hatinya. Maksu yang terkenal dengan mulut lazer yang boleh menghancurkan Kesatria Baja Hitam, Gaban, Ultraman, Ironman, Dinosaur, Dragon mahu pun Cookie Monster pun terus melazer  beliau dengan lazer kaler pink (kerana beliau suka kaler pink). Ayat tu panjang dan sakit hati la kalau dengar, so aku tak kuasa la nak tulis panjang lebar kat sini. Selepas beliau terkena lazer pink itu, beliau cuba menepis dengan menggunakan perisai mulut beliau. Ayat beliau ialah "Yang Maksu sebok-sebok hal kita(beliau) ni yang dia kat bawah tu tak lepas lagi.

Dia yang dimaksukan oleh beliau ialah adik aku si Aen . So sekarang kami dah tau la siapa yang hantar komen tapi tak berani letak nama, sebaliknya menggunakan  ANONYMOUS. Nak tau  beliau komen apa...sila click kat nama adik aku tu...haa...ayat kan sama dengan apa yang dia kata kat maksu tu. Adik aku labelkan dia ANNOY je sekarang pasal dia mmg ANNOYING.


Kepada BELIAU a.k.a ANONYMOUS a.k.a P.N.K:


- Kami yang kamu benci ini adalah darah daging kamu, sebusuk-busuk kami, sehina-hina darah kami (kerana kami tidak ada darah bangsawan seperti kamu) kami tetap darah daging kamu.


- Jika kamu kembali seperti dahulu kami tidak teragak-agak menerima kamu dan menyayangi kamu seperti dahulu... dengan syarat kamu meminta maaf dan berjanji untuk berubah dan tidak mengulangi perbuatan lampau kamu


- Tidak ada seorang dari kami pun yang membenci MR. A kamu tu, kami pun bukan kenal dia pun. Kami hormat dengan keputusan kamu memilih sesiapa sahaja sebagai teman hidup kamu, tetapi apa yang kami semua FRUST dengan kamu ialah sikap kamu.


- Kalau arwah Uwan masih ada tentu dia sedih melihat sikap kamu sekarang.


Kembalilah seperti P.N.K yang dahulu .... kami merindui kamu.


Love,
Kak Long

Monday, May 9, 2011

Labour Day Getaway (part 1)

Labour day haritu, kami bangun sangat pagi, pada pukul 3am. Damia kata malam lagi. So, kami bersiap dan keluar menuju ke Woodlands Checkpoint, Singapore (padahal Tuas Checkpoint lagi dekat, about 10-15 mins from my house). 1/2 jam kemudian kami pun sampai Woodlands dan kami kena renew cash card kami di kastam sana. Cash card tu ialah lebih kurang macam kad Touch n Go yang kita guna di Malaysia ni tapi kegunaannya ada lebih sikit, sebagai contoh, bila kita masuk ke Singapore, ada ada 10 hari free entry kan, semua ada tercatat di dlm memori kad tu. Jadi, setiap kali anda renew roadtax, anda kena renew cash card anda juga.

Lepas semua urusan selesai, kami menuju ke Tempines, nak berkumpul dengan Kak sarimah dan family dia. Mula-mula kami fikir nak park saja kereta di Harbour Front tetapi memandangkan Harbour Front tu dah la parking mahal, susah pulak nak cari parking, so akhirnya kami parking saja di rumah Sarimah kerana weekends and public holidays tak kena parking fee...YIPPIE.. jimat duit den...well actually duit laki aku. But hey...when you're married, whatever yours, remains yours, and whatever harta benda husband esp $$$ adalah kita punya jugak..tak gitew? ouch....

Berbalik kepada cerita jenjalan... pagi2 tu kami naik bus dari Tempines untuk naik MRT (2 kali interchange) pastu sampai je kami jalan kaki ke Harbour Front sambil menunggu agen kami. Selepas agen kasi tiket feri dan lencana sticker, kami tunggu dan tunggu lagi....sampai lah disuruh beratur. Dah lalu kastam, scan bag, kena pi imigresen pulak nak chop paspot... pastu kami naik feri. Kami pergi tak jauh kat Batam, Indonesia je.

Feri yang kami naiki mmg besar tapi tak la sebesar Star Cruise tu. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sampai saja kami di Batam, Masa masih tidak bergerak. Kenapa? Kerana di Batam ikut waktu Bangkok (+7) kita di Malaysia (+8) waktunya cepat satu jam.

Sampai saja di Batam aku tgk matahari tak de, nak kata mendung tidak..redup pun tidak tapi lebih kepada macam kita kat sini pukul 7pagi. Tapi bahang panas sangat. Memang menitik nitik peluh aku.

Lepas dah lalu imigresen dan kastam, kami disambut pula oleh tourist guide yg menunggu di sana. Namanya Pak Darwin. Panggil dia Awin pun boleh. Kami naik bas persiaran untuk bersiar-siar.

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah kedai menjual keropok dan kerepek. Di luar kedai tu ada orang bawak lori jual buah salak, avokado, mangga, kuinin dan apa tah lagi aku tak ingat. My husband pi bantai beli buah Salak sampai 6kg, Mangga 2kg, Avocado 1 kilo, Kuinin 1kg... haaa...tak ke 10kg dah tu...tu tak termasuk berat aku pi beli keropok sib baik aku beli sikit je.

Lepas melawat Kedai Keropok, kami dibawa ke Kilang  Kek Lapis. Kami dihidangkan dengan air kopi yang paling sedap (kata mereka lah). But seriously, kek lapis yang mama saya buat berkali-kali lagi sedap dan air kopi yang kau bancuh sendiri untuk sendiri minum pun lagi sedap. Kek lapis yang dibuat di kilang tu tak cukup rasa rempah dia, pastu pucat je... buat macam nak cepat je. tak kuasa aku nak membeli. Air kopi tu pulak, yaaaaa ammmpuuunnnnn .... tak rasa macam minum kopi, tapi macam minum air gula. Ewwwww.....

Ok...selepas selesai di kilang kek lapis, kami dibawa makan lunch di Golden Prawn Restaurant. Memang heaven la!!! aku ni mmg suka makan seafood tapi kan lepas makan tergaruk sana sini..tapi di sini tak yah nak risau, pasal semua seafood tu fresh. Pasal lepas kena tangkap, diorang letak dalam kolam kat depan restaurant. So, bila nak masak haiwan itu akan ditangkap hidup-hidup. Aku memang tak de masaalah la kalau makan fresh seafood. Gatal-gatal tu akan jadi kalau beli seafood kat pasar..dah confirm la tak fresh walaupun dia kata fresh kan... fresh la sangat kannn....

Makan seafood memang heaven lah... tapi aku ni dah lencun berpeluh-peluh. Kan bagus lepas makan terus balik hotel, boleh membuta kejap.... rupanya tidak.... dibawanya pulak kami ke DC MALL. Kat situ lah kita boleh jumpa barang super duper murah. Percaya tak baju caftan dress yang ada batu liplap kat Malaysia ni rata-rata orang jual at least RM200 keatas (kalau kain sedap-chiffon) kat sana boleh dapat dalam RM50 lebih je...haaa.... jangan tak percaya. Aku memang ada beli tapi 2 helai je. Laki aku suruh beli lagi pasal murah giler. tapi apa kan daya...memang dapat beli dua je. Bukan pasal tak cukup duit, duit dalam poket memang berjuta-juta (rupiah je, tp merasa gak la pegang duit juta-juta pergi shopping) tapi pasal size. Yang ada kat kedai tu size 1(untuk orang kurus pendek) dan size 2 (untuk orang gempal pendek, nak pendekkan cerita dan nak kasi sedap nama kita panggil saja BONZAI ) ... so... baju- baju yang aku perkenan kena la dalam size 2 kan...malangnya size 2 yang aku perkenan ada 2 tu je :(

Pastu Damia beli scooter bike dengan harga 170,000 IDR kalau tukar balik cuma RM59.59 je..kat sini mau kena seratus lebih. Selain dari itu, aku beli kerepek mmg banyak la, yelah, nak kasi family, jiran dan kawan-kawan.

Haiyaa..fenat la..nanti aku sambung lagi part 2. I promise! tapi kena tunggu Damia tido la ek.... tungguuuuu....

P/S: Gambar tunggu dulu ek..tp kalau tak sabar sila tengok kat FB saya..

Friday, April 15, 2011

PENJENAYAH kah saya???

Semalam, on the way nak hantar Damia pergi ballet class, lalu kat road block polis. Dah tu tetiba polis traffic tu suruh aku bukak tingkap. Dengan kasarnya dia tanya "Road tax mana?" aku pun dgn confident la tunjuk road tax kat cermin depan tu, dia tanya lagi "Awak tak tau ke sekarang bulan berapa?" aku pun jawablah "April". Pastu dia kata, awak pergi berenti kat depan tu, tengok sendiri road tax awak tu mati bulan berapa"

Aku ni pun dgn selambanya berenti je la kat tepi nak tgk road tax tu mati bila..... pastu... ASTAGAAA..... road tax dah mati pada 11 March 2011, harini 14 April 2011. hmmmm dah sah-sah lah mmg aku yang salah...

Polis yg tukang tulis saman tu polis pakai baju biru. Budak muda, nak dekat 10 minit tulis saman. Agaknya saman yg pertama dia tulis kot. Menggigil-gigil tangan dia tulis saman. Pastu asyik tanya, "Saya saman ye kak? Boleh ke kak?" Ada jugak polis baik mcm ni nak tanya kita boleh ke nak saman. Aku cakap je la, "Kalau dah salah kena la saman...abih nak buat cemana lagi?" pastu dia berkali-kali tanya soalan yang sama.

Soalan seterusnya dari polis tu
Polis: Akak kerja apa kak?
Saya: Suri rumah
Polis: Ooooo suri rumah..betul ke ni? Abang kerja apa?Sebagai apa?
Saya: Kerja kilang je.... kerja biasa-biasa
Polis: Ishhh... takkan kerja biasa-biasa kat kilang pakai kereta besar kot...
Saya: (senyum je la)

Aku ni memang seumur hidup tak pernah dapat saman...memang apa-apa saman pun tak pernah dapat la. Saman parking ke, speed trap ke....memang pemandu berhemah la...

Paling best semalam bila aku tanya polis tu berapa denda yang saya kena. Dia boleh jawab dia pun tak tau, kena pi balai sendiri tanya. Pastu siap bagi tau suruh jelaskan saman dalam masa dua minggu untuk dapat banyak diskaun. Baik kan polis tu. Lepas siap kasi saman, dia babai Damia, tapi Damia jeling dia kuat-kuat...hahahaha.....

Friday, April 8, 2011

Tak sabar...

Eeee...tak sabarnyaaaa.... Adik-adik aku buat plan nak pergi Cameron Highland bulan June ni, nak tinggal kat apartment Strawberry Park katanya. Anak aku si Damia lagi la tak sabar pasal dia nak petik buah strawberry, buah paling sedap katanya.

Tadi my hubby tetiba tanya, awal bulan May ni pi Batam nak, ada orang Singapore buat rombongan. Aku terus kata nak je, ye lah bukan senang my hubby nak ajak jalan-jalan ni. Tapi sekarang aku tak boleh nak fikir, kat Batam tu ada apa? Apa tempat menarik? tadi aku google hanya kuar shopping mall je. Ada satu shopping mall tu jual barang-barang dari Bandung. hmmm... ok gak, tapi tak tau nak beli apa.

Well actually my daughter dah lama ajak my hubby pergi Sentosa Bird Park & Singapore Zoo (tak jauh sgt dari rumah kami) tapi daddy dia tu asyik busy je. Susah betul nak spend time together. So this time dia ajak pi Batam pun, Batam la.... asalkan we can spend time together. Tak gitu?

Saturday, March 26, 2011

Follower???

Kalau korang perasan, selama ni aku tak ada tab 'FOLLOWER'. Kenapa? Pasal aku buat blog ni bukan untuk di-follow..sebaliknya untuk ditulis secara suka suki dan dibaca oleh kamu secara suka suki juga. Tapi aku prefer kamu follow saya di Facebook atau pun di Twitter. Selepas diberi bunyi-bunyian oleh beberapa orang, aku letak la balik tab FOLLOWER tu. tapi kat bawah sekali :P


Kereta Disimbah Cat Merah? Oh Noooo..... Kesian mama saya!!!

Harini, pagi-pagi lagi my sis Anne dah sms bagi tau kereta mama kena simbah cat merah. Kereta mama je tau, kereta Hafidz dan kereta SAGA lama yg di park kat luar rumah tak kena cat pulak.Kesian my brother Hafidz, kereta baru dia terkena percikan cat tu.  Menurut polis & jiran keliling kami, dari cara simbahan itu menunjukkan yang para penyimbah cat telah tersalah rumah!(????)

Ceritanya begini, pagi tadi Papa nak keluar beli sarapan dan surat khabar. Dia pun buka lah mangga pintu pagar (ni tak perasan lagi ni). Lepas dia pusing je kebelakang dia pelik (kan pagi2 blur) apasal ada sirap atas kereta. Pastu pi dekat sikit rupa dia dah macam darah,tapi bau cat. So Papa pun masuk kedalam rumah bagi tau Mama saya yang kereta Mama kena cat merah. Pastu bagi tau Hafidz, Hafidz pun telefon pak mertua dia (Ketua Balai Polis Mantin), dia suruh datang balai dulu buat police report. Pastu ada la polis datang ambil gambar nak buat report. Tapi CSI team tak sampai2 lagi.






















Pelik...mmg pelik...Mama saya pun kata pelik...kami semua memang tak pernah berhutang dengan A.L.O.N.G. Hutang dengan bank adalah... Nak lagi pelik, ada seorang jiran setaman (duduk lorong belakang) mempunyai kereta yang sama jenis, sama warna, dan nombor kereta yang sama, kecuali kereta Mama saya start dari NBN tetapi kereta orang tu NB* (huruf apakah sebelum N...haaa...itu lah dia). Kereta itu dipunyai oleh seorang lelaki Melayu, dan pagi tadi semasa pihak Polis dan jiran tetangga beramai-ramai kat depan rumah kami, dan ketika kereta yang lalu lalang slow down nak tengok tak kurang juga yang berhenti bertanya, kereta NB* itu memecut laju. Menurut firasat saya, para penyimbah cat tersilap simbah ke rumah dan kereta yang salah.... MORON!!!

Moral of the story: jangan lah kamu berhutang dengan ALONG, kerana kamu akan menyusahkan jiran tetangga kamu. Tak pasal-pasal kereta Mama saya yang kena. Kamu memang kurang bijak, mempunyai sifat terkeji dan saya ingin panggil kamu KHINZIR!!!

Sunday, March 20, 2011

BPA Free milk bottles


Bahaya Botol Susu Plastik 

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut. 

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.  “Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.  Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.  Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.  “Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.  “Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.  Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.  Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my/.

Sumber Utusan online









Selepas membaca surat khabar mengatakan pihak kerajaan hendak mengharamkan penggunaan botol susu plastik kerana mengandungi BPA,kelihatan masih ramai parents yg masih menggunakan botol plastik. FYI,sejak dari botol susu pertama Damia Pigeon, Avent & Mam, semuanya adalah BPA free. Pada saya beringat dahulu sebelum terkena bak kata omputih, better be safe than sorry.
Wide-neck Bottle <br>200ml (00862)
 Botol Pigeon

Botol MAM
Botol Avent


    


Antara alasan yang sering saya dengar daripada ibubapa yang masih menggunakan botol plastik ialah:


1) Botol BPA free mahal! ----> Nanti anak tu dah sakit,nanti u tau la apa makna mahal!


2) "Alaa...tak pe....aku boil hari-hari botol anak aku, pastu every 2-3 months tukar botol baru" --->kalau dah every month tukar botol baru,maknanya lagi mahal la harga botol yg awak bayar :P


3) Botol BPA free ni takde yg murah-murah ke? nape semua mahal? ---> cuba la jenjalan kat kedai baby,tak pun pi la shopping complex bahagian baby tu, ada yg murah, haritu ada nampak botol susu KIKO dan PUREEN yang BPA free. tak silap RM9.90 je kalau anda yg tak mampu la nak beli Avent, MAM atau yg seangkatan dengannya :P


4) Puting botol BPA free memahal belaka, pasal semua wide neck ----> Dei...kalau tak nak beli BPA free wide neck, beli la botol kaca (tak mahal juga) atau botol stainless steel (yg ni mahal woo..ada wide neck n narrow neck.. tapi sampai anak bongsu pun boleh pakai).


Botol Kaca Lifefactory
new-animated-range
Botol stainless steel ORGANICKIDZ

Pura Stainless Kiki Stainless Infant Bottle Pretty Pink -- 11 oz
Botol stainless steel PURAKIKI





Lagi best, bangsa kita ni dah la ramai tak ambil insurance untuk anak, nanti dah sakit, pi anta spital govt, dengan harapan nak dpt service mcm kat swasta. Mmg bukan salah spital gomen ni lambat buat macam2, tapi kan ramai pesakit dia,... bila dah kritikal dgn pelbagai penyakit....dah kuar lah mcm2 alasan parents ni nak tunding jari kepada pelbagai pihak.


Summary saya tentang hal ini ialah Sesiapa yg baik hati nak buang duit free kat klinik dan hospital, sila lah beli banyak2 botol susu plastik buat stok sampai untuk anak bongsu sebelum ianya betul2 diharamkan tahun depan yeee. Sekian terima kasih.

Friday, February 4, 2011

Happy New Year, Gong Xi Fa Chai, Sin Nien Khuai Ler....



Happy Rabbit Year



This is my first entry on this year. Dah Febuary baru nak update...kemalasan melanda sebenarnya, cerita memang banyak...banyak sangat sampai tak tau nak cerita mana satu...hmmmm....
Chinese new year tahun ni mcm tahun lepas juga, hubby kena kerja. Kesian dia kena kerja time dia raya. Tapi paling kesian kat Damia, cuti sekolah lama tapi duduk terperap je kat rumah tak keluar pergi balik rumah Popo dia. Ahad ni kami baru boleh balik ke Kluang untuk kutip angpow Damia...hehehe...