Advertlets

Sunday, March 20, 2011

BPA Free milk bottles


Bahaya Botol Susu Plastik 

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut. 

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.  “Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.  Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.  Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.  “Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.  “Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.  Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.  Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my/.

Sumber Utusan online









Selepas membaca surat khabar mengatakan pihak kerajaan hendak mengharamkan penggunaan botol susu plastik kerana mengandungi BPA,kelihatan masih ramai parents yg masih menggunakan botol plastik. FYI,sejak dari botol susu pertama Damia Pigeon, Avent & Mam, semuanya adalah BPA free. Pada saya beringat dahulu sebelum terkena bak kata omputih, better be safe than sorry.
Wide-neck Bottle <br>200ml (00862)
 Botol Pigeon

Botol MAM
Botol Avent


    


Antara alasan yang sering saya dengar daripada ibubapa yang masih menggunakan botol plastik ialah:


1) Botol BPA free mahal! ----> Nanti anak tu dah sakit,nanti u tau la apa makna mahal!


2) "Alaa...tak pe....aku boil hari-hari botol anak aku, pastu every 2-3 months tukar botol baru" --->kalau dah every month tukar botol baru,maknanya lagi mahal la harga botol yg awak bayar :P


3) Botol BPA free ni takde yg murah-murah ke? nape semua mahal? ---> cuba la jenjalan kat kedai baby,tak pun pi la shopping complex bahagian baby tu, ada yg murah, haritu ada nampak botol susu KIKO dan PUREEN yang BPA free. tak silap RM9.90 je kalau anda yg tak mampu la nak beli Avent, MAM atau yg seangkatan dengannya :P


4) Puting botol BPA free memahal belaka, pasal semua wide neck ----> Dei...kalau tak nak beli BPA free wide neck, beli la botol kaca (tak mahal juga) atau botol stainless steel (yg ni mahal woo..ada wide neck n narrow neck.. tapi sampai anak bongsu pun boleh pakai).


Botol Kaca Lifefactory
new-animated-range
Botol stainless steel ORGANICKIDZ

Pura Stainless Kiki Stainless Infant Bottle Pretty Pink -- 11 oz
Botol stainless steel PURAKIKI





Lagi best, bangsa kita ni dah la ramai tak ambil insurance untuk anak, nanti dah sakit, pi anta spital govt, dengan harapan nak dpt service mcm kat swasta. Mmg bukan salah spital gomen ni lambat buat macam2, tapi kan ramai pesakit dia,... bila dah kritikal dgn pelbagai penyakit....dah kuar lah mcm2 alasan parents ni nak tunding jari kepada pelbagai pihak.


Summary saya tentang hal ini ialah Sesiapa yg baik hati nak buang duit free kat klinik dan hospital, sila lah beli banyak2 botol susu plastik buat stok sampai untuk anak bongsu sebelum ianya betul2 diharamkan tahun depan yeee. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment