Advertlets

Saturday, September 25, 2010

Hi-Fi? apa yang special sangat???

Pada aku, kalau ada radio pun asal dapat dengar lagu dah cukup la. Ni laki aku memang aku tak paham!!! gila betul main hi-fi. Kalau benda tu murah tak pe. Sebelah speaker je dah main ribu2. Ni collection dia dah masuk speaker ke 8 pasang kot tak silap aku. Bukan dia pasang semua sekali gus pun. Hari ni dia dengar speaker brand PROAC baru, last week PROAC lama dia (dia ada 3pasang PROAC). Pastu kena beli amplifier la, Amplifier je dah macam2 brand kat rumah ni. MARANTZ ada, ALMARRO ada..macam2 lagi la.... Dan ada juga dia buat sendiri masa final project kat Northumbria University dulu. Pastu ada satu tu rupa dia macam mentol lampu (ntah hapa ta benda nya). Kalau tak pasal tak beli kamera baru aku dah amik gambar dah nak tunjuk kat korang apa benda tu. Pastu, nak kasi bunyi lagi sedap kena pulak pakai wire special la, pastu letak crystal stone (yang orang buat rantai atau gelang tu). CD lagu yang dipasang lak tak boleh pasang sebarang CD. Kalau R&B atau hip hop mmg out. Antara CD kegemaran Haris (my hubby) ialah dari penyanyi Susan Wong, Snow Rose, Richard Marc, Enya, Roxette dan lain2 lagi. Memang lah kalau dengar lagu kat hi-fi ni telinga tak bingit. Berapa kuat pun kita pasang bunyi still merdu. Tapi, lately ni mmg selalu sangat dia beli speaker. Masa bulan puasa aritu teman dia pergi beli satu speaker PROAC (type: RESPOND) (nasib baik yang ini 2nd hand) pi amik kat Singapore dari sorang mat saleh expat ni. Dua biji speaker tu mmg tinggi dah memenuhkan CRV aku. Pastu dah tentu2 la aku yang kena bawak keta pasal keta aku ni plate Malaysia (laki aku tak boleh bawa kenderaan plate Malaysia pasal dia PR kat Singapore).

Ni link untuk speaker tu : http://www.proac-loudspeakers.com/index.php boleh tengok rupa speaker tu kat sini. Biasa je rupa dia. Tapi harga mencekik leher!!!

Ni pulak link untuk amplifier ALMARRO: http://www.almarro.com/reviews+awards.html pun sama buruk je rupa ALMARRO tu.

Ni pulak link untuk amplifier MARANTZ: http://us.marantz.com/Products/1647.asp

Tapi apa yang menarik perhaian ku bukan lah hi-fi speaker yang kami beli dari mat saleh kat Singapore tu tetapi rumah dia yang sangat menarik perhatian ku. Nama kawasan perumahan dia GREEN HORIZON. Masa sampai kat guard dia je aku dah kata WOW kat dalam hati. Memula tu pelik pasal nampak rumah tu dari luar mmg cantik dan bila tengok je dari luar dah tau rumah tu mesti orang2 kaya je tinggal (pasal tau2 je lah kat Singapore rata2 orang tinggal kat rumah flats HDB yang memang mahal2 belaka harganya) tapi pelik pasal tak nampak satu kereta pun kat kawasan tu..memang saujana mata memandang kawasan tu. Rupa2 nya lepas je dari guard post tu kita kena masuk basement (macam kat shopping complex tu). Baru aku tau, kat basement ada carpark macam kat rumah teres biasa tu, siap ada pintu masuk rumah macam rumah teres biasa. Memula ingatkan rumah dua tingkat, rupa2nya 3 tingkat!!! siap ada halaman macam biasa, cuma semua bersimen la. Juga ada tempat tong sampah cuma dia kat basement. Ada la tempat masuk mataharinya tapi aku tak habis khatam macam mana designnya. Cuma mmg aku minat design rumah mat saleh tu. Halaman macam biasa pun ada kat tingkat 1, dia tanam pokok bunga, anak2 dia main pun kat situ. Rasa2nya semua bilik kat tingkat 2 kot. Memang best lah rumah dia. Kalau parking kereta pun tak kena panas. Udara kat basemant tu pun tak panas, hapak & pengap macam kat shopping complex tu kerana aliran udara sangat bagus. Diharap developer di Malaysia akan mempertimbangkan design sebegini dengan banyaknya.

Aku pun confuse sebenarnya nak cerita pasal hi-fi atau rumah Mr.John.... hmmmm...