Advertlets

Sunday, August 15, 2010

Another story about LONTONG...

***SAMBUNGAN CERITA LONTONG KERING & LONTONG BASAH***

Malam semalam baru aku teringat, selain Lontong Kering & Lontong Basah, di Johor ini juga terdapat LONTONG GORENG!!! jangan tak percaya!!!

Menurut rakan ku Kak Noor (CIMB AVIVA), Lontong Goreng berasal dari Singapura. Aku memang pelik bin ajaib bila dengar lonton goreng, dulu dengar ada lontong basah dan kering pun dah cukup pelik, ini kan lontong goreng....isk isk isk...

Lontong goreng merupakan nasi kiub/nasi impit/ketupat yang digoreng sama seperti cara kita menggoreng Mee/Meehoon/Kueytiow... tapi pada aku, tekak ku tak berapa suka. Apa-apa pun LONTONG BASAH is the BEST!!!

Semakin lama aku tinggal di Johor ni, semakin banyak makanan baru yang aku makan... macam mana nak kurus ni???

Thursday, August 12, 2010

TENSION DI BULAN RAMADHAN

Saya tinggal di Service ApartmentNusa Perdana, Gelang Patah iaitu di kawasan Nusajaya.
Nama tempat tinggal memang glamer pasal konon ada PERDANA + SERVICE APARTMENT + kat NUSAJAYA pulak tu + ramai Mat Saleh (konon ni la tempat tinggal paling best kat Nusajaya ni, buat masa ni) + ada 2 swimming pool + gym + study room dan lain-lain lagi la........ tetapi HAMPEHHHHHHHHH!!!!!!!

Anda nak tau kenapa saya kata hampeh? Ini adalah kerana bumbung rumah saya bocor semenjak 2/8/2010@5.15pm  iaitu sehari sebelum birthday saya. Saya tinggal di tingkat 16 (tingkat atas sekali), rumah paling tengah (rumah no.7), jadi tangki air betul2 atas bumbung.

Nak dijadikan cerita 3 minggu lepas mereka membasuh tangki air, bila air tangki tu semua dikeluarkan, tiba-tiba rumah saya hujan...tapi kat luar hari panas...dah la air keluar dari kipas dan lampu. hish...lepas saya membuat aduan kepada management office, mereka datang ambil gambar dan balik sahaja ke office..sehinggalah pada 3/8/2010 tiba-tiba kedengaran air menitis di lorong tengah (jalan nak masuk bilik)...bila say apergi tengok----> YA ALLAH!!!! air keluar dari lampu!!!!! aku pun kelam kabut dan cemas ajak Damia pergi management office. Malangnya mereka semua dah balik.

Pada 3/8/2010@8.15am  lepas hantar Damia pergi tadika...aku pun terus masuk ke management office (pedulik hapa korang belum start kerja ke belum!). Kerani kat situ pun mendengar complaint ku dengan penuh minat dan semangat (pasal baru lepas pekena nasik lemak dan teh tarik kot) lalu dia pun mengambil sebuah buku log dan menyuruh aku menulis nombor rumah, nama, no hp dan tulis masaalah di dlm tu. Pada tengah hari hari yang sama, Building Supervisor pun datang rumah dan tengok mana tempat yang bocor tu. Selepas 1/2jam, dia membawa seorang contractor datang masuk rumah dan contractor tu bawa lampu suluh nak tengok mana yang bocor. Aku pun merasa lega, ingatkan dia nak buat hari yang sama jugak atau paling lewat pun keesokkan harinya. Tapi air masih menitis...dan menitis..dan menitis...bila aku call management office mereka kata hari ahad baru boleh buat committee meeting. Mereka baru dapat satu quotation saja dari contractor.

Pada 9/8/2010@11am , saya dah tak boleh tahan...air makin hari makin merebak ke siling yang lain. I drove my crv to the management office (biasa jalan kaki je psl opis tu kat club house) ... rasa nak rempuh je management office tu (dalam hati je nak rempuh tapi I tak sanggup la..kang den jugak nak kono bayar repair semua) bila  masuk je opis tu, kerani tu semua tunduk bawah pandang meja. Agaknya muka aku ni dah macam singa betina kot..tapi memang tengah menyinga pun. Aku tanya Building Supervisor tu, bila boleh repair bumbung? semalam meeting macam mana? Dia pun cakap 'Oh, saya kena tunggu lagi 2 quotation, tengok mana yang paling bagus offer baru boleh buat'.. dah la cakap pun tak mo pandang muka aku..memang aku geram je!!! aku ni pantan gorang bercakap tak mo pandang muka(kecuali dlm telefon la). Then aku jawab, " u tau kan saya ada anak kecik..budak2 lari sana, lari sini... kalau anak saya jatuh tergelincir, siapa nak jawap?!!!" . Dia reply "saya faham madam...saya faham..." lepas tu pura2 cakap dalam telefon..aku pun blah... hish...memang geram tau!!!!

Harini ialah 12/8/2010, hari kedua umat Islam berpuasa, hari cerita ini ditulis, air masih menitis..rumah yang ku duduki selama 4 tahun crack sana sini kerana developer selalu sangat bom batu besar untuk melapangkan kawasan hutan yang cantik di tepi highway Nusajaya ini untuk dijadikan taman perumahan yang baru.... rumah aku jadi mangsa. Dan tika di saat ini..air masih menitis kerana management office masih tak dapat cukup 3 quotation lagi....

AKU TENSION DI BULAN RAMADHAN!!!