Advertlets

Thursday, April 5, 2012

Benda yang aku suka

Korang mesti suka branded items kan? ... ada orang pentingkan gaya dari poket
, poket dah bocor pun nak beli gak, tak makan tak pe,tak bayar bil tak pe,keta kena tarik pun tak pe.. tapi itu bukan aku la...

Tapi ada juga yang pentingkan 'gaya dan poket'. Orang macam ni sebenarnya bagus sebab dulu time aku  sekolah ustadz aku cakap dalam Islam, hidup kita kena balance. Ini dipanggil berWASATIAH. Mereka yang mementingkan gaya dan poket ini berWASATIAH dengan membeli barangan bundle kerana mereka inginkan gaya+pentingkan brand tetapi pada masa yang sama hendak menyesuaikan dengan keadaan poket yang nan hadooo. Seriously, aku TAK PERNAH beli barang bundle. Bukan apa, memang naturally aku geli nak masuk kedai bundle pun.Tak suka masuk pasal ada pernah sekali tu ikut my friend pergi kedai bundle, ada semacam bau. tak tau la bau apa, tapi memang aku tak suka. 2nd time masuk kedai bundle, pasal urusan bank tempat aku kerja ni, jumpa tokey bundle tu la, ni bukan kedai bundle, tapi sebenarnya kilang bundle. Mereka memproses barang barang yang hendak dijual as a bundle goods. Itu pun aku pening sepanjang buat urusan dgn tokey dan bini dia tu...hmmmm... 








Okay..berbalik kepada barangan berjenama ni. Aku ni bukanlah suka handbag atau pakaian berjenama. Bukan kata aku tak ada atau tak pernah beli, aku ada barangan berjenama Burberry, Coach, Levis,Marc Jacob dan lain lain...even Louis Vuitton pun aku ada tau. Jangan tak percaya! Tapi masaalah aku ni ialah, aku tak fancy benda benda tu semua. Bila laki aku beli, mula-mula memang suka sangat, tapi lepas tu aku tak reti appreciate barang tu. Semua tu ORIGINAL hoccay, ada yang beli kat KL je, tapi kebanyakkan beli kat Singapore. Ada satu wallet LV aku tu adik ipar tolong belikan kat Paris *sebab rege lagi murah dari Kolumpo weh*. Mak tak main la Petaling Street bag nih... tapi macam mana mahal pun barangan tu, aku ada masaalah nak appreciate barang tu la..Ntah kenapa. Memang kalau korang tengok cara aku layan bag mahal aku, korang ingat aku beli kat Petaling Street. Contohnya Coach handbag aku buat letak pempes anak+puting +kain lap mulut anak. Beli mahal-mahal tapi jadi diaper bag. Boleh??? Burberry make up bag aku pulak dah nampak macam barangan pasar malam pasal dah kepam. Ada sekali tu terkotor kena ice cream tak silapnya,aku selamba je masuk dalam washing machine. Haa...jangan tak caya...PERCAYALAH... *sia nyanyi ala-ala Siti Nurhaliza*

Tetapi, cuba kalau barang berjenama tu ialah skincare,make up, lotion atau perfume. Memang aku sangat sangat HARGAI dan sangat sangat sayang barang tu. Walaupun kulit aku tak cantik, tapi aku pakai SK11 untuk mencantikkannya, tapi lepas pakai tak jugak cantik cantik jugak cuma better than before la . Perfume pulak my all time favourite is CK Escape. Pakai sikit pagi bau sampai dah basuh baju pun tak hilang kalau tak mandi pun orang tak tau kot. Dulu aku pakai sampai hidung dah immune.Masa laki aku nak ngorat aku dulu dia belikan aku set Clinique Happy pasal dia tgk aku asik gores dan cium Cleo Magazine bahagian iklan Clinique tu. Dari 1998 sampai sekarang masih simpan pun pakai pun sikit sikit.Kalau nak senaraikan perfume yang aku ada tak tersenarai lah..yang aku ingat CK Escape,Ck  Eternity, CK Eternity Moment, Clinique Happy, Moschino, Dolce & Gabbana Blue, Burberry Brit, Loccitane - Green Tea, Elizabeth Arden  - red Door (tengik baunya) , Bvlgary Blu (both for women and men - aku pun pakai perfume lelaki juga), Hugo Boss (yang ini dah lama beli tapi tak pakai, pastu kasi hadiah kat adik bongsu) dan haiyaaa....banyak lagi la dah tak ingat psl dah simpan baik baik dah.

Aku juga sebenarnya sangat minat dengan barangan make-up walaupun aku tak reti make up sangat *bedal je*. Aku ni dulu kalau jenjalan, bila ternampak make-up set Estee Lauder (pasal cap ni je yang paling selalu buat offer beli set pastu dapat free gift hand bag,make up bag dll) mesti aku beli. Walaupun aku tak beli on the spot dan akan cuba melupakan benda tu, nanti balik rumah mesti terbayang bayang benda tu sampai tak leh tido..Dasat weh penagan make-up!  Tetapi,selepas saya berkahwin, terpaksa telan air iur je la kalau nampak make-up set tu, pasal laki aku tak suka aku beli make-up. Aku pakai make-up pun nanti dia komplain macam-macam. Dia cakap semua tu chemical, nanti rosakkan kulit dan natural beauty tak terserlah. Tetapi sebenarnya, sehingga saat ini, kalau aku jenjalan nampak make up set ditayangkan, memang kengkadang sampai aku tak leh lelapkan mata. Kalau pun aku lelap pasti aku mimpi kan barang-barang tu kengkadang berminggu-minggu. **Jika hubby baca ni harap-harap pasni dia belikan aku make-up set...hewhewhew**

Selain dari perfume, aku paaalingg suka beli lotion dan bath/shower gel. Aku paling minat product dari Crabtree & Evelyn dan Loccitane. Dulu masa zaman buhang aku sanggup habiskan beratus-ratus ringgit sekali masuk kedai Crabtree atau Loccitane.  Kalau Crabtree aku minat product dari bunga rose dan kalau dari Loccitane aku sangat sangat minat Lavander range dia...

Aku ada jiran merangkap kawan. Aku panggil dia Kak Hana. Dia minat betul dengan handbag. Macam-macam high end branded hand bags dia ada. Aku tengok dia paling suka beli Louis Vuitton, Coach dan Gucci. Kakak ni dulu duduk overseas, dia kata kat sana tak lah semahal di Malaysia ni. Well..kat Malaysia ni apa je tak mahal? Semua benda cekik darah.

Dari aku tengok kakak ni, dia memang happy sangat kalau bercerita tentang handbags. Bila dia bercerita tu, terserlah kegembiraan terpancar diwajahnya. Jadi kat situ, kita dah tau yang itu memang minat dia (hobby) dan bila dia bercerita, kita pun tumpang seronok. Maksudnya dia bukan berlagak. Faham? *Jadi jika aku bercerita tentang lotion, barang make up atau apa apa yang aku suka sila jangan mencemuh dalam hati yea*

Unlike some people, baru pergi KLCC dah asik bercerita berbulan bulan pasal kunjungan beliau ke KLCC tapi tak beli apa pun stakat pergi Marks & Spencer beli bisekot kering....Ada aku kesah? Bluekk!

Saturday, March 31, 2012

Hello 2nd Quarter of 2012

Dah suku tahun kedua 2012 baru aku terhegeh-hegeh ada mood nak menulis balik...bukan apa Cik Jah oiii...selama mak menghilang diri ni..mak prengnant lah! Mak sekarang dah bersalin. Ni bersalin betul-betul tau bukan bersalin April Fool !!! Lagi pun bukannya Mak bersalin 1st of April pun, Mak bersalin Januari haritu. Nanti Mak cerita kat Cik Jah dan Cik Mail sekelian pasal anak baru Mak...stay tuned :)

Friday, January 20, 2012

O.B.S.E.S.I.K.U

Ingin ku gigit gigit cuping telinga kecil mu .... hewhewhewhew... (dok suka part ni je)