Advertlets

Tuesday, May 10, 2011

B.E.N.G.A.N.G - Mencari Aib Orang,Pekung Sendiri Busuk?? (Part 2)

Ini adalah Part 2 untuk sebuah tajuk lama. Labour day getaway tu nanti aku sambung esok lusa, pasal cerita pasal BENGANG ni ingatkan dah over, rupanya makin menjadi-jadi beliau itu. Kalau nak tau cerita lanjut kena la baca  Part 1 yea.

Minah ni dulu dari dia kecik memang aku sayang macam adik sendiri, tapi bila dah besar ni menyombong tak tau macam mana aku nak explain. Aku memang frust dengan perangai dia sekarang...sangat frust.

Last Sunday was her engagement day, aku ni dah la jauh, lagi pun kan Mother's Day, laki aku ajak balik Kluang nak sambut dengan mama dia,pasal adik beradik ipar yang lain semua balik rumah mertua diorang, lagi pun kebetulan hari tu bapak mertua ku balik ke China untuk 2 minggu. Kesian mama dia tinggal seorang kat Kluang. Kami sambut kat Secret Recipe kat Kluang Mall je pasal mama  suka makan kek secret recipe. Balik dari Kluang Mall aku tgk hp ada banyak missed call dari Maksu, aku mmg tak perasan.

Lepas hantar mama balik ke rumah, kami pun bersiap-siap dan pulang ke Gelang Patah. sampai di Gelang Patah, Maksu call lagi. Dia pun bercerita tentang kejadian yang berlaku di kenduri rumah bapa saudara kesayangan ku tadi.

Ceritanya begini, sampai saja Maksu di rumah beliau, ibu beliau meminta supaya Maksu menemani beliau di tingkat atas. Setibanya Maksu di luar pintu bilik beliau, Maksu terdengar beliau berbicara dengan seseorang dengan ayat lebih kurang macam ni "Jemputan aku harini semua adalah dari kalangan orang yang terpilih saja, siapa tak suka Mr.A seumur hidup aku boikot"

Waahh... Maksu dengar ayat yang  beliau yang seperti ala-ala sombong dan bongkak itu, terus mendidih hatinya. Maksu yang terkenal dengan mulut lazer yang boleh menghancurkan Kesatria Baja Hitam, Gaban, Ultraman, Ironman, Dinosaur, Dragon mahu pun Cookie Monster pun terus melazer  beliau dengan lazer kaler pink (kerana beliau suka kaler pink). Ayat tu panjang dan sakit hati la kalau dengar, so aku tak kuasa la nak tulis panjang lebar kat sini. Selepas beliau terkena lazer pink itu, beliau cuba menepis dengan menggunakan perisai mulut beliau. Ayat beliau ialah "Yang Maksu sebok-sebok hal kita(beliau) ni yang dia kat bawah tu tak lepas lagi.

Dia yang dimaksukan oleh beliau ialah adik aku si Aen . So sekarang kami dah tau la siapa yang hantar komen tapi tak berani letak nama, sebaliknya menggunakan  ANONYMOUS. Nak tau  beliau komen apa...sila click kat nama adik aku tu...haa...ayat kan sama dengan apa yang dia kata kat maksu tu. Adik aku labelkan dia ANNOY je sekarang pasal dia mmg ANNOYING.


Kepada BELIAU a.k.a ANONYMOUS a.k.a P.N.K:


- Kami yang kamu benci ini adalah darah daging kamu, sebusuk-busuk kami, sehina-hina darah kami (kerana kami tidak ada darah bangsawan seperti kamu) kami tetap darah daging kamu.


- Jika kamu kembali seperti dahulu kami tidak teragak-agak menerima kamu dan menyayangi kamu seperti dahulu... dengan syarat kamu meminta maaf dan berjanji untuk berubah dan tidak mengulangi perbuatan lampau kamu


- Tidak ada seorang dari kami pun yang membenci MR. A kamu tu, kami pun bukan kenal dia pun. Kami hormat dengan keputusan kamu memilih sesiapa sahaja sebagai teman hidup kamu, tetapi apa yang kami semua FRUST dengan kamu ialah sikap kamu.


- Kalau arwah Uwan masih ada tentu dia sedih melihat sikap kamu sekarang.


Kembalilah seperti P.N.K yang dahulu .... kami merindui kamu.


Love,
Kak Long

2 comments:

  1. Salam wahai anak saudaraku semua,
    sincerely, maksu tak akan marah seseorang tak tentu arah dan tak bersebab. Kamu semua tahu how open-minded, modernnya maksu awak nie. Maksu jenis tak akan masuk campur sehingga ibubapa kamu mengadu kepada maksu sikap / kerenah/perbuatan kamu dan memberi 'green-light' untuk maksu menegur kamu semua dengan cara maksu yang garang tuu.
    Mulut maksu yang lazer ini hanya untuk memberi kesedaran dan suruh kamu guna otak yang cerdik untuk berfikir semua persoalan yang maksu berikan pada kamu semua.Ini semua untuk kebaikan kamu semua. Maksu tak ada untung apa-apa pun; maksu pun tak nak duit kamu semua. Maksu tegur kerana maksu sayang pada kamu semua.Cuma maksu nak kamu semua hormat dengan status maksu sebagai ibu saudara yang HANYA kamu ada..Maksu tegur bukan kerana busuk hati, dengki atau iri-hati.Tiada apa yang maksu nak jeles dengan anak saudara maksu sendiri sebab maksu sendiri melihat kamu semua lahir & besar. Ketahuilah, bapa-saudara mahupun ibu saudara (ipar maksu) yang sedia ada tidak berapa kisah dengan masa depan kamu semua...Maksu tegur kamu semua kerana sayang anak saudara maksu ramai perempuan. Perempuan akan menanggung lebih beban dari kaum lelaki... Maksu risau akan masa depan kamu semua.. Dan juga ini adalah amanah Arwah ibu maksu (atau uwan)supaya menegur kamu semua...Kalau tiada siapa yang menegur atau bercakap secara direct, kamu semua tak faham, akan hanyut dengan kesilapan. Selagi maksu hidup, maksu akan bantu kamu semua mengikut kemampuan maksu. Fikirlah; mana perginya semua ajaran serta kasih sayang uwan curahkan kepada kamu semua....siapa akan menyambung legacy tersebut???
    Maksu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu saudara bagi menjaga nama, image dan maruah keturunan kita dan sebagai seorang muslim... Salah ke??

    ReplyDelete
  2. Diharap supaya P.N.K membaca entry ini dan komen diatas.

    ReplyDelete