Advertlets

Thursday, July 8, 2010

LONTONG KERING...haaaa...apa tu???

Anda gemar makan lontong? kat sini aku nak cerita pasal lontong. Di tempat asal aku di Petaling Jaya dan tempat parents aku tinggal kat Negeri Sembilan lontong dikenali sebagai salah satu makanan kegemaran di pagi hari raya. Rupa lontong ni ada nasi impit atau kengkadang yang rajin anyam ketupat ada la ketupat...dan kuah masak lemak tapi warna kuning (bukan masak lomak cili api yea...) dalam kuah masak lemak tu ada sayur kobis, kacang panjang, tempe, tauhu ada gak yang letak suhoon..dan mcm2 lagi la... tetapi di Johor tempat aku menetap sekarang mmg pelik....nak tau kenapa...jeng jeng jeng... kat Johor ni ada lontong basah dan lontong kering.

Apa tu lontong basah ----> lontong basah sama je mcm lontong yang aku selalu makan tu, ada nasi impit, kuah kuning, telur, sambal.

Apa tu lontong kering??? ha???lontong kering???----> memang pelik....masa memula tau pasal lontong kering ialah masa aku kerja kat CIMB cawangan Kulai. Kat situ kalau part makanan mmg mewah..kengkawan semua mmg bawak breakfast memacam jenis makanan. Ada la satu hari ni, ada sorang kakak tu namanya Kak Lin, dia offer aku, "Farah, ko nak rasa lontong kering akak tak?" aku pun pelik... "Lontong kering tu apa, kak?" bila aku nengok bekas polisterin dia tu baru la aku tau apa tu lontong kering. Isi kandungan lontong kering terdiri daripada: Nasi Impit, rendang, kuah kacang, sambal dan lauk sayur kacang panjang yang digoreng bersama tempe dan suhuun.....oooohhh....ni rupanya lontong kering..sedap gak....

Kita kan biasa makan juga di pagi raya tapi tak de la lauk sayur tu..biasa ada rendang dan kuah kacang je...tapi kat Johor ni tu bukan makanan yang anda boleh dapati pada pagi raya..tapi pada tiap-tiap pagi di mana2 gerai menjual breakfast....hmmm..patut la aku dah gemok mcam tong semenjak tinggal kat Johor ni.

B.E.N.G.A.N.G - Mencari Aib Orang,Pekung Sendiri Busuk??

Korang pernah tak merasa bengang pasal orang yang anda sayang dan di anggap seperti adik beradik sendiri dah jadi backstabber terhadap ahli keluarga anda just because nak selamatkan bontot sendiri ... ha ni lah yang terjadik kat adik aku...yang mendajalkan dia tu cousin aku sendiri.... cousin aku tu kalau part belajar mmg la tip top..meletop...mmg minah straight A's... ni dah dapat jantan haprak, lari tinggal kuliah, ikut jantan muka tak hansem macam muka pecah rumah...pi tinggal kat ceruk Batu Pahat mana tah...kesian parents dia..dah la dia tu anak yang paling disayangi..yelah...anak yang paling cantik dan pandai. Tapi dalam pandai2 pun ada bodoh..pi ikut jantan jual barang bundle...ko pi tinggalkan kuliah di university, lari dari umah...apa ko dapat? ni haritu konon nak masuk MSU sambung balik yg tergendala tu ....org dah habis orientasi ko pi joli katak ke terengganu dan kelantan..ntahntah dah pi kawen lari kat sana....pi bg tau bapak dia konon nak settle kan hal yg kat johor sebelum balik ke KL.

Ni nak cerita part yg dia dajal kan adik aku tu. Dia pi tag nama adik beradik kitorang gambar adik aku dating..ala...aku yang hantar adik aku pi dating..aku ada...gambar-gambar adik aku tu pun bukan gambar gedix ke, gambar nampak lurah ke...gambar kissing ke...atau gambar berpeluk atas katil...yelah..unlike some people tu punya gambar la...

Ni la yang aku geram..sendiri buat onar nak heret orang lain sekali..tu konon nak tag semua adik beradik gambar Aen dating supaya Aen pun kena marah mcam dia...Hoiiii...Aen tu tak lari rumah macam ko la!!! pastu tak malu pi letak status "Married" kat facebook. memang lah ko dah married kot dgn mamat tu...tapi belum nikah! tak malu ke!!!


Ko tu kan kata nak kawen 3rd raya, pastu tak jadik...ni nak buat bulan Dec lak... siapa yang akan menolong kenduri kawen ko tu nanti kalau bukan kami semua...tapi ko dah buat taik kan...SORRY lah yea...kami dah B.E.N.G.A.N.G!!!! tak de masa la nak tolong kenduri ko tu... I'm busy beb... busy nak tengok t.v baru LED 3D laki aku belikan.... ko ada ke? :P

Bangga dan terharu...


This is my lovely daughter yang kadang kadang macam monster...monster monster pun dia dapat result exam dia bagus..semua dapat 100% ... haa...sebabtu la aku rasa bangga dan terharu selapas melihat repot card dia. Ni  baru exam sekolah tadika kelas budak umur 3 tahun...nnti akan datang aku doakan supaya semua exam akan dapat keputusan yang begitu. Amin...

Tuesday, September 29, 2009

Damia Zahra Wong Qi-Zen? Siapa tu?





Damia Zahra Wong Qi-Zen binti Haris Wong
ialah anak sulung ku yang cooooommmeeeelllll....eee...geraaaammmm.....dia dilahirkan pada 9th November 2007 di KPJ - Seremban Specialist Hospital pada 6.56p.m ... aku ingatkan beranak ni susah..ye la dgr cerita dari kawan2 yang dah pernah bersalin...majority cakap kalau tak sakit 12jam tak sah...tapi alhamdulillah aku bersalin senang sangat...

Pagi tu 1st time nak buat check up dgn Dr. Ishak kat SSH pasal sebelum ni aku buat check up kat Johor je pasal aku ni tinggal kat Gelang Patah, Johor. Bila Doc scan, dah tak nampak kepala..pastu doc chack jalan dah bukak 3cm, padahal aku tak rasa sakit pun. Pastu doc soh balik n makan la apa yang teringin nak makan pasal nnti lepas bersalin dah susah nak makan mcm2 nnti. So, kebetulan adik aku Farhana n Aida yang teman kan aku check up masa tu..mula2 tak rasa nak makan apa2 pastu dah sampai Bukit Mantin tiba2 dah rasa macam nak makan McDonalds la pulak. So, adik aku yg jadi driver ni (Farhana) pun bawak la aku pi McDonalds kat Nilai pasal kat mantin tak de McD. Lepas habis makan kitaorang pun balik la, smpi rumah pulak Mama ada bawak banyak lauk best2 dari opis (mama aku keja gomen, hari tu hari Jumaat, so rehat 3jam) kebetulan pagi tu ada marhaban & katam Quran kat opis dia. Aku apa lagi belasah makan nasi minyak laik paceri nenas.


Lepas habis makan, mama aku kata kawan dia pesan, kalau nak bersalin senang minum air zamzam dan niat di dalam hati nak bersalin senang seperti lajunya air zamzam mengalir...lepas aku habis jer teguk air zamzam tu rasa mcm nak terkucil..aku pun pergi toilet. Lepastu aku terperanjat besar..nak tau kenapa? jeng,jeng,jeng.... ada tompokan darah sebesar syilling 20 sen kat suar dalam aku...aku pun bg tau mama soh call Dr. Ishak. So dari rumah nak dekat 3pm, pastu hantar mama pi opis dulu kat wisma negeri pasal nak bagi tau bos dia yang dia x msk opis pasni psl anak dia nak bersalin.


Smpi jer kat spital, org yg bhg registration tu bengap la pulak..aku ni dah la nk beranak dia tanya bnyk soal. Soalan pertama, "Kak, nak bayar wang pendahuluan pakai cash ker credit card?"(mmg soklan bodoh, ada plak masa aku ni nak pi beratur kat ATM smata2 nak kuarkan RM1.5k utk wang pendahuluan), so aku jawab credit card. Soalan ke-2, "Akak sure ke credit card ni akak punya?"(amboi!!! aku dah hangin!!dia ingat aku ni kerja cuci jamban ker apa, walaupun masa tu aku dah tak kerja bank lagi, dah jadi housewife.) Soalan ke-3," kak,ada tak credit card yg lain, card ni tak leh jalan la, akak tak bayar kot" (kali ni mmg aku hangin pasal credit card tu langsung tak der hutang cuma dah 1 tahun lebih tak pernah pakai) aku pun suruh dia swipe lagi sekali..pastu dah salah tekan amount pulak...hish...betul bengap!! sampai aku tak bolehtahan sudah aku pun hentak jer meja dia aku cakap "Wei korang tau tak aku ni datang nak beranak!!!yang korang buat keje terhegeh2 ni dah kenapa? pastu baru la dia pun terhegeh2 interkom siapa ntah soh bwk aku pi labour room. katanya kemudian baru sign slip credit card tu..


Smpi jer kat labour room nurse dah suruh aku ganti baju pastu dia kasi aku ubat berak... lepas dah habis buat bisnes kat toilet aku pun baring, masih tak sakit pun, Dr.Ishak datang check lagi dia kata dah terbuka 6cm..."wah cepat nya!!!" kata nurse2 kat dalam bilik tu,tapi masaalahnya aku tak rasa nak beranak pun. Dah lah laki aku pun masih kat jalan raya, ye la dia kan kerja kat singapore..jauh,dia pun tak sangka aku nak bersalin hari tu. Pastu Dr. Ishak pecahkan air ketuban aku...aku tak sangka air tu panas. Lepas tu Dr.Ishak masukkan air dari tangan aku n dia ada inject sejenis ubat. Ntah ubat apa..tak lama dia inject ubat tu aku ada rasa sakit memulas. Pastu Dr. Ishak letak ntah batu ke, magnet ke..ntah la apa benda tu kat perut aku untuk dgr heartbeat baby..mama, papa & adik2 dah balik rumah nak smayang Maghrib & mandi dulu pasal Dr & nurse pun cakap lambat lagi..agaknya t/mlm kot... hmmm..tak lama pastu aku rasa perutmemulas gilerr..doctor suruh push, sekali push dah kuar baby..... eee...comellll.... pastu aku call husband aku dia masih di highway, bila call my parents, diaorang dah nak sampai..pun diorang tak sangka aku beranak begitu cepat. Lepas habis bersalin jer aku rasa lapar macam kebulur sangat....


Bayangkan, dlm lebih kurang pukul 3.30pm smpi hospital, pukul 4pm msk labour room pastu 6.56pm dah bersalin... ini lah berkat minum air zamzam, tak payah minum air selusuh pun.


Mlm tu adik-beradik mama datang melawat, pas diaorang sumer balik, baru Haris (my hubby) smpi. Kesian dia terlepas nak tgk aku bersalin...pun kesian aku kena beranak sorang2.


hmm..nnti ada masa aku smbung lagi :)