Advertlets

Sunday, May 12, 2013

My Newborn Son - QALEF MIKYLE WONG XIAN JUN (Dah draft ni sejak awakl tahun lalu, baru ni nak post)



Hi... ni lah anak baru saya. Nama dia Qalef Mikyle Wong Xian Jun. He was born on 28th January 2012 secara ikut tingkap kecemasan atau bak kata omputih emergency czer. Sepatutnya due date pada 7th March 2012 tapi entah kenapa lepas balik dari Kluang sempena merayakan CNY aku asik keluar darah walaupun sikit. Rasa sakit lak tu.

Rabu (25th January 2012) tu aku pergi medical check up macam biasa la jumpa Dr.Teh. Dia suruh berehat je la kat rumah. Memang la ada sesi korek mengorek tu,sakit giler hoccay.Balik tu ada bleeding. Aku anggap bleeding tu hasil dari Vaginal Examination tadi, jadi aku pun buat derk je la. Esoknya, hari khamis pun ada je darah tu sepanjang hari. Laki aku lak kerja malam.Aku sms bagi tau dia, cemas gak dia.Aku bagi tau mama,mama suruh aku segera ke hospital tapi siapa nak anta aku memalam ni. Jadi aku tunggu la esok pagi nya tu.

 Esoknya kebetulan darah dah tak de tapi bila kencing ada la nampak cebisan darah.Bila paginya tu,laki aku tanya aku cakap lah benda yg betul,dia pulak kata tak payah lah pergi hospital, kita ni pulak risaukan anak kat dalam tu dah rasa perut pun sakit semacam. Aku paham laki aku pun mengantuk giler pasal kan ke dia kerja malam,baru je sampai rumah. Kalau dia kerja malam,otak dia tak boleh fikir serabut sangat. tapi orang mengandung kan sensitip, aku ni tak kira, nak jugak jumpa doktor. Haritu aku tak hantar Damia ke sekolah pasal perut sakit sangat, jadi aku hangkut Damia ke hospital. Drive sendiri walaupun dah lama laki aku tak kasi aku drive.

Dengan linangan air mata (konon sedih rasa macam laki tak kisah..wakakaka) aku drive ke Hospital Columbia Asia yang terletak 5minit je dari rumah aku tu. Sampai giliran jumpa doktor, doktor kata jalan bersalin dah bukak 2.5cm dan kena tahan ward..Aduh..aku dah cemas nih! Aku pun telepon hubby pasal doktor nak cakap dgn dia...jadi aku pun suruh lah hubby rehat je la dulu kat rumah,karang dah bangun tido baru dtg tgk aku kat spital. Pastu aku pi bayar deposit sebanyak RM1,500 (sama la macam kat mana mana hospital swasta lain). Budak bahagian admission tu punyalah terlampau sopan. Siap tanya soalan macam dalam buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan 1 Bayan dulu. Soalannya berbunyi "Puan, adakah puan ingin membayar RM1,500 ini secara tunai, guarantee letter atau kredit kad?" Aku pun menjawab "Dik, akak tak pernah lah datang spital atau jenjalan suka suka je bawak duit beribu-ribu dalam wallet. Tentulah pakai kredit kad!" wakakaka... Selepas itu,aku pun menghubungi mama mintak tolong datang ke Johor ambik Damia bawak balik ke Mantin.

Kalau nak tau,aku dapat bilik yang sangat ONG tau. Bilik tu bernombor 88 memang banyak ONG wooo.... Laki aku pun datang tak nyempat nyempat... kan aku dah suruh tido dulu,dia datang jugak..Pastu dia tido kat situ je.

Sampai petang tu  pun aku masih tak bersalin.Kena korek tah berapa kali. Sakitnya jangan cakap la.

Adoii..anak kaco..nanti saya sambung..tp edit kat sini je la nanti ...

No comments:

Post a Comment