Advertlets

Showing posts with label Nusa Perdana Service Apartment. Show all posts
Showing posts with label Nusa Perdana Service Apartment. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

H.O.L.Y M.A.C.K.E.R.E.L!!!!

Korang pernah dengar tak bila ada annual meeting penduduk setempat, wife tak boleh mewakilkan husband 
sebab husband kena kerja. Tiap-tiap tahun wife yang attend, tiba2 tahun ni tak boleh masuk ke mesyuarat tu
pun. Dah lah kerani yang sama berulang-ulang kali dah jumpa si wife tu masa bayar bill, masih tak faham2 yang
WONG HOONG WERN tu suami dia!!! whatthefishmackarel!!!!!!!!!!!!!!!!




Bukannya nak sign apa-apa kat bank ke, sign tukar nama ke....pun..pastu anggap kita ni macam orang tak 
sekolah. Masaalahnya orang yang anggap kita tak sekolah ni SPM pun tah lepas ke tidak. Cakap omputih pun tak reti, bengap satu hal!


Semua sedia maklum bila aku dah ngamuk mcm mana.... mmg kena marah minah tu. Berkali-kali jumpa aku time bayar maintenance bill, tiap-tiap kali tu jugak la dia buat muka pelik kat aku, dan dia sangat lah rajin dan berdedikasi kerana sanggup explain kat aku yg tenant tak payah bayar maintenance bill, dan tiap-tiap kali jugak jugak aku kena explain aku ni bini WONG HOONG WERN tu.... ni boleh dikira bengap tahap gaban! clerk yg dulu-dulu semua tanya aku masa 1st time jumpa je, and cakap elok-elok, yg ni eksen tak tahan aku.... 

Thursday, August 12, 2010

TENSION DI BULAN RAMADHAN

Saya tinggal di Service Apartment, Nusa Perdana, Gelang Patah iaitu di kawasan Nusajaya.
Nama tempat tinggal memang glamer pasal konon ada PERDANA + SERVICE APARTMENT + kat NUSAJAYA pulak tu + ramai Mat Saleh (konon ni la tempat tinggal paling best kat Nusajaya ni, buat masa ni) + ada 2 swimming pool + gym + study room dan lain-lain lagi la........ tetapi HAMPEHHHHHHHHH!!!!!!!

Anda nak tau kenapa saya kata hampeh? Ini adalah kerana bumbung rumah saya bocor semenjak 2/8/2010@5.15pm  iaitu sehari sebelum birthday saya. Saya tinggal di tingkat 16 (tingkat atas sekali), rumah paling tengah (rumah no.7), jadi tangki air betul2 atas bumbung.

Nak dijadikan cerita 3 minggu lepas mereka membasuh tangki air, bila air tangki tu semua dikeluarkan, tiba-tiba rumah saya hujan...tapi kat luar hari panas...dah la air keluar dari kipas dan lampu. hish...lepas saya membuat aduan kepada management office, mereka datang ambil gambar dan balik sahaja ke office..sehinggalah pada 3/8/2010 tiba-tiba kedengaran air menitis di lorong tengah (jalan nak masuk bilik)...bila say apergi tengok----> YA ALLAH!!!! air keluar dari lampu!!!!! aku pun kelam kabut dan cemas ajak Damia pergi management office. Malangnya mereka semua dah balik.

Pada 3/8/2010@8.15am  lepas hantar Damia pergi tadika...aku pun terus masuk ke management office (pedulik hapa korang belum start kerja ke belum!). Kerani kat situ pun mendengar complaint ku dengan penuh minat dan semangat (pasal baru lepas pekena nasik lemak dan teh tarik kot) lalu dia pun mengambil sebuah buku log dan menyuruh aku menulis nombor rumah, nama, no hp dan tulis masaalah di dlm tu. Pada tengah hari hari yang sama, Building Supervisor pun datang rumah dan tengok mana tempat yang bocor tu. Selepas 1/2jam, dia membawa seorang contractor datang masuk rumah dan contractor tu bawa lampu suluh nak tengok mana yang bocor. Aku pun merasa lega, ingatkan dia nak buat hari yang sama jugak atau paling lewat pun keesokkan harinya. Tapi air masih menitis...dan menitis..dan menitis...bila aku call management office mereka kata hari ahad baru boleh buat committee meeting. Mereka baru dapat satu quotation saja dari contractor.

Pada 9/8/2010@11am , saya dah tak boleh tahan...air makin hari makin merebak ke siling yang lain. I drove my crv to the management office (biasa jalan kaki je psl opis tu kat club house) ... rasa nak rempuh je management office tu (dalam hati je nak rempuh tapi I tak sanggup la..kang den jugak nak kono bayar repair semua) bila  masuk je opis tu, kerani tu semua tunduk bawah pandang meja. Agaknya muka aku ni dah macam singa betina kot..tapi memang tengah menyinga pun. Aku tanya Building Supervisor tu, bila boleh repair bumbung? semalam meeting macam mana? Dia pun cakap 'Oh, saya kena tunggu lagi 2 quotation, tengok mana yang paling bagus offer baru boleh buat'.. dah la cakap pun tak mo pandang muka aku..memang aku geram je!!! aku ni pantan gorang bercakap tak mo pandang muka(kecuali dlm telefon la). Then aku jawab, " u tau kan saya ada anak kecik..budak2 lari sana, lari sini... kalau anak saya jatuh tergelincir, siapa nak jawap?!!!" . Dia reply "saya faham madam...saya faham..." lepas tu pura2 cakap dalam telefon..aku pun blah... hish...memang geram tau!!!!

Harini ialah 12/8/2010, hari kedua umat Islam berpuasa, hari cerita ini ditulis, air masih menitis..rumah yang ku duduki selama 4 tahun crack sana sini kerana developer selalu sangat bom batu besar untuk melapangkan kawasan hutan yang cantik di tepi highway Nusajaya ini untuk dijadikan taman perumahan yang baru.... rumah aku jadi mangsa. Dan tika di saat ini..air masih menitis kerana management office masih tak dapat cukup 3 quotation lagi....

AKU TENSION DI BULAN RAMADHAN!!!